Saturday, May 10, 2008

BAHAYA DALAM PERKAHWINAN

Kehidupan seks yang tidak lagi berghairah

Hanya disebabkan kerana perkahwinan anda tidak lagi mengghairahkan, ini tidakbermakna suami anda berhak untuk berpaling tadah dan berlaku curang. Tetapi memang kenyataannya lelaki lebih mudah tergoda untuk mencari pengganti jika hubungan seksnya dengan isteri mulai hambar.
Pengaruh kawan-kawan
Kadang-kadang pengaruh kawan-kawan merupakan faktor kenapa seorang suami berminat untuk mencuba. Lelaki pada kebanyakkannya suka berkongsi cerita dan pengalaman. Mereka jarang berahsia sesama sendiri apatah lagi dengan teman paling akrab.Apabila mendengar pengalaman temannya yang sedang bercinta dengan wanita lain, membuatkan dia juga ingin merasai teruja yang serupa. Selain itu, mereka juga tidak mahu kalah, jadi untuk membuktikan dia juga hebat, lelaki kadangkala sanggup mempertaruhkan kebahagian rumahtangga mereka dengan menjadikan kekurangan dalam perkahwinan mereka sebagai alasan untuk melakukan hubungan gelap atau hubungan sulit.

Bercerita keburukan pasangan

Semasa asyik berborak atau berbual dengan teman, ramai suami atau isteri yang tanpa sedar telah memperkatakan banyak perkara tentang pasangan masing-masing kepada orang lain. Tujuannya mungkin tidak berniat memburukkan pasangan, misalnya sebagai bahan bualan yang menyeronokkan tapi masalahnya, hal-hal yang diceritakan itu selalu meliputi kekurangan atau kelemahan pasangan yang sebenarnya tidak patut diceritakan pada orang lain.

Menceritakan kekurangan pasangan kepada orang lain ibarat membuka pekung di dada sendiri apatah lagi dalam hal yang cukup peribadi seperti urusan bilik tidur. Jika hal ini disampaikan oleh rakan anda pada pasangan sebagai bahan gurauan, semestinya pasangan anda akan tersinggung. Di samping itu, teman-teman anda mungkin akan kurang menghargai pasangan anda kerana kekurangan-kekurangan yang telah mereka dengari dari mulut anda sendiri.

Thursday, April 10, 2008

Rumahtangga harmonis

Apa khabar semua. Jadi sambungan dari sebelum ni, dalam perhubungan suami isteri khususnya, perlu diingat bahawa anda perlu menyelesaikan sesuatu perkara tanpa perlu meninggikan suara. Isteri yang selalu bersikap marah-marah pada pasangan dilihat seperti tidak menghormati suami sendiri. Tambahan ketika marah-marah fikiran dikuasai oleh emosi yang sangat besar sehingga menyukarkan anda memberi focus fikiran.
Sebab itulah apabila anda marah-marah, kita akan lupa apa yang diucapkan sehingga tidak menyedari kata-kata yang terkeluar dari mulut ketika itu menyinggung perasaan pasangan.
Tambahan lagi ekspresi kemarahan biasanya akan turut menimbulkan rasa marah pasangan anda pula. Semasa keadaan fikiran yang tidak focus seperti itu, bagaimana anda berdua dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi? Jadi sebaik-baiknya anda berdua perlualah menenangkan amarah sebelum membicarakn masalah dihadapi.

Monday, April 7, 2008

Rumahtangga harmonis

Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan sebuah keluarga atau rumah tangga yang harmonis. Bagaimanapun, tidak ramai pasangan yang mengetahui cara untuk memperolehi sebuah keluarga yang harmonis walaupun ia menjadi harapan setiap keluarga.
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk menjaga keharmonian rumah tangga, bagaimanapun di sini saya hanya akan memberitahu pantangan yang perlu diamalkan bagi melahirkan keluarga yang harmonis.
1. Sering marah-marah
Dalam perkahwinan, pasti ada sesuatu yang membuatkan anda berasa sakit hati, kesal, kecewa ataupun terkilan. Mungkin sikap pasangan anda sendiri, mahupun situasi-situasi yang pernah anda lalui. Sewaktu berhadapan dengan perasaan sakit hati atau kesal yang teramat sangat, tak dinafikan anda kebiasaannya meluahkannya dalam bentuk amarah. Tetapi adalah sebaik-baiknya janganlah kemarahan itu diluahkan berlebih-lebih sehingga mendatangkan rasa kecil hati pada pasangan.
Selain itu perlu diingat bahawa tidak semua perkara yang membuatkan anda berasa kesal harus diredakan dengan cara marah kepada pasangan. Ada perkara yang boleh diselesaikan tanpa perlu marah khususnya perkara yang berkaitan dengan perkara sensitive buat pasangan.
Jadi cukuplah untuk kali ini, pastikan anda terus setia bagi mengetahui maklumat berguna untuk membentuk keluarga yang harmonis. Sekian…

Sunday, April 6, 2008

Duit...duit...

duit...duit...duitt...
nak bayar hutang, loan kereta, loan rumah, kad kredit, yuran sekolah, dan bermacam-macam lagi.. semua ni buat kita pening kepala... tapi jangan bimbang kawan-kawan,melalui beberapa cara yang saya terangkan nanti, pasti dapat membantu anda, kerana saya sendiri telah melakukannya dan semua masalah berkaitan duit, tidak lagi menjadi kekusutan dalam hidup saya. Jadi jangan lupa bersama saya lagi nanti ye....bye

Friday, April 4, 2008

extra money?

hi..do you want to know the tips how to earn extra money, you can stay tune with me.. Wait and see if it can help you..Stay tune...

Thursday, April 3, 2008

tempat menarik di sabah

SElamat datang.Di sini saya akan berkongsi tempat-tempat menarik di sabah yang boleh dikongsi bersama.Harap anda berpuas hati.