Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan sebuah keluarga atau rumah tangga yang harmonis. Bagaimanapun, tidak ramai pasangan yang mengetahui cara untuk memperolehi sebuah keluarga yang harmonis walaupun ia menjadi harapan setiap keluarga.
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk menjaga keharmonian rumah tangga, bagaimanapun di sini saya hanya akan memberitahu pantangan yang perlu diamalkan bagi melahirkan keluarga yang harmonis.
1. Sering marah-marah
Dalam perkahwinan, pasti ada sesuatu yang membuatkan anda berasa sakit hati, kesal, kecewa ataupun terkilan. Mungkin sikap pasangan anda sendiri, mahupun situasi-situasi yang pernah anda lalui. Sewaktu berhadapan dengan perasaan sakit hati atau kesal yang teramat sangat, tak dinafikan anda kebiasaannya meluahkannya dalam bentuk amarah. Tetapi adalah sebaik-baiknya janganlah kemarahan itu diluahkan berlebih-lebih sehingga mendatangkan rasa kecil hati pada pasangan.
Selain itu perlu diingat bahawa tidak semua perkara yang membuatkan anda berasa kesal harus diredakan dengan cara marah kepada pasangan. Ada perkara yang boleh diselesaikan tanpa perlu marah khususnya perkara yang berkaitan dengan perkara sensitive buat pasangan.
Jadi cukuplah untuk kali ini, pastikan anda terus setia bagi mengetahui maklumat berguna untuk membentuk keluarga yang harmonis. Sekian…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment