Saturday, May 10, 2008

BAHAYA DALAM PERKAHWINAN

Kehidupan seks yang tidak lagi berghairah

Hanya disebabkan kerana perkahwinan anda tidak lagi mengghairahkan, ini tidakbermakna suami anda berhak untuk berpaling tadah dan berlaku curang. Tetapi memang kenyataannya lelaki lebih mudah tergoda untuk mencari pengganti jika hubungan seksnya dengan isteri mulai hambar.
Pengaruh kawan-kawan
Kadang-kadang pengaruh kawan-kawan merupakan faktor kenapa seorang suami berminat untuk mencuba. Lelaki pada kebanyakkannya suka berkongsi cerita dan pengalaman. Mereka jarang berahsia sesama sendiri apatah lagi dengan teman paling akrab.Apabila mendengar pengalaman temannya yang sedang bercinta dengan wanita lain, membuatkan dia juga ingin merasai teruja yang serupa. Selain itu, mereka juga tidak mahu kalah, jadi untuk membuktikan dia juga hebat, lelaki kadangkala sanggup mempertaruhkan kebahagian rumahtangga mereka dengan menjadikan kekurangan dalam perkahwinan mereka sebagai alasan untuk melakukan hubungan gelap atau hubungan sulit.

Bercerita keburukan pasangan

Semasa asyik berborak atau berbual dengan teman, ramai suami atau isteri yang tanpa sedar telah memperkatakan banyak perkara tentang pasangan masing-masing kepada orang lain. Tujuannya mungkin tidak berniat memburukkan pasangan, misalnya sebagai bahan bualan yang menyeronokkan tapi masalahnya, hal-hal yang diceritakan itu selalu meliputi kekurangan atau kelemahan pasangan yang sebenarnya tidak patut diceritakan pada orang lain.

Menceritakan kekurangan pasangan kepada orang lain ibarat membuka pekung di dada sendiri apatah lagi dalam hal yang cukup peribadi seperti urusan bilik tidur. Jika hal ini disampaikan oleh rakan anda pada pasangan sebagai bahan gurauan, semestinya pasangan anda akan tersinggung. Di samping itu, teman-teman anda mungkin akan kurang menghargai pasangan anda kerana kekurangan-kekurangan yang telah mereka dengari dari mulut anda sendiri.